Tuesday, April 27, 2010

Aku kecewa........

Tadi petang, sebaik sahaja mendengar jawapan daripada mulut En.Zali, aku tergamam dan terkesima seketika...Tak mampu berkata sepatah pun kata..Dalam hati, aku banyakkan Istigfar...berserah kepada Tuhan....Tender sudah jatuh ke tangan orang lain...

Aku kecewa sebenarnya kerana syarikat aku sudah masuk ke pusingan yang akhir bagi merebut tender kafeteria...Oh, kecewa sungguh rasa kerana terlepas begitu sahaja...Yang paling buat aku sangat kecewa adalah aku dikalahkan oleh pesaing yang menaburkan wang ringgit kepada para panel pemilihan tender.Aduh, sakit hati mendengarnya....

Jika aku kalah kerana syarikat tidak berpengalaman ataupun harga yang ditawarkan terlalu tinggi, aku akan akur tetapi kalah disebabkan kuasa wang!!!!Sungguh sakit hatiku.....Sebaik sahaja aku sudah agak tenang, aku menelefon A.S (kawan yang paling aku sayang dan aku paling percaya). Sebenarnya, sudah lama aku tidak menelefon A.S sejak peristiwa bulan Mac yang lalu, berlaku sedikit krisis antara kami sehinggalah akhirnya A.S memaafkan aku.

Ketika itu, A.S dalam perjalanan pulang ke rumah. Pada mulanya aku tidak mahu menyusahkan A.S kerana aku tahu dia sudah penat dan letih menguruskan syarikat kabel dia yang semakin maju tu tetapi hanya A.S sahaja yang aku percaya. So aku tetap mahu menelefon A.S untuk meluahkan apa yang terbuku dihati...

Apabila tahu dia sedang driving, aku ingin memutuskan talian namun A.S tidak akan berpuas hati jika aku tidak memberitahunya, so aku pun tanyakan adakah biasa kuasa wang menjadi penentu kejayaan sesuatu tender??A.S menempelak aku, lemahnya aku sebagai pemilik syarikat kerana sudah mahu berputus asa...Dia cakap inilah asam garam seorang kontraktor..ada masa di atas.ada masa di bawah.ada kroni adalah projek...aku hanya mampu mendengar kerana aku tiada jawapan...apa yang aku tahu, aku sedikit lega setelah meluahkan kepada A.S walaupun aku masih mahu terus mendengar suaranya...

aku kagum dengan A.S. diawal 20-an lagi dia sudah berjaya mendirikan sebuah syarikat dan semakin maju....malah perubahannya juga cukup ketara dari menaiki Yamaha 125 ke Kawasaki Z1000, dari kereta kelisa ke Honda Civic, dari seorang berimej ala-ala mat rempit kini semakin digilai para gadis....cemburunya aku!!!

No comments:

Post a Comment