Wednesday, July 28, 2010

Akhirnya.....

Pagi tadi masa aku kat kedai, aku terima sms dia. Dia nak datang kedai...Aku risau jika demamnya masih belum kebah lagi. Bukannya ape, semalam dia cakap dia demam dan tidur seharian kerana tak larat...Kemudian, dia sms lagi dan hampir sampai ke kedai aku. Aku bertanya, nak daftar syarikat ke??? Jawabnya, ya..Aku masih menunggu staf yang tak juga tiba. Ah, tutup aje lah kedai sekejap...

Lebih kurang jam 11 pagi, dia sudah sampai. Wajahnya masih kelihatan pucat...Ternyata demamnya masih ada. Aku bertanyakan hal kesihatan dia. Dia cakap masih boleh bertahan lagi. Aku tak sampai hati tengok dia dalam kesakitan, namun dia menyakinkan aku dia tak apa-apa...Bila difikirkan, mungkin dia akan sibuk semula selepas ini...

Setelah menunggu hampir dua jam, segalanya selesai...Syarikat yang dikongsi bersama ini akan aku manfaatkan untuk masa depan kami. Banyak program dan perancangan diatur supaya objektif syarikat mencapai sasaran..Apapun, hari ini juga sudah ada projek yang aku usahakan...Syarikat ini merupakan lambang persahabatan aku yang tiada nilai kerana aku memang ingin menghadiahkannya setelah segala objektif tercapai...

Wednesday, July 21, 2010

Kini aku mengerti......

19 July 2010

Today, i get a big surprise and very valuable prize!!!!Guess what????I got a cafe tender!!!And should begin the operation this 1st August 2010...God Willing, at last i am bless.

Kegembiraan kedua apabila dia datang seperti yang dijanjikan. Setelah berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk menubuhkan partnership fokus kepada bidang telekomunikasi dan katering...Dia akan jaga bahagian telekomunikasi manakala aku jaga katering...tapi kami akan belajar, learn, involve and managing both departments nanti. Initial capital is RM 5K...

Baru aku perasan, rambut dia dah seperti sedia kala. Aku tanya, apesal dah tak rebonding lagi???Dia jawab, malas lah...Is it because i had complaint about his hair style then he decided seperti sedia kala???I don't know. Mana-mana pun aku tak kesah cuma aku rasa he's look smart with that appearance....

Malam aku call abah bagitau aku berjaya dapat tender...Abah rasa bangga kerana aku semakin maju dalam perniagaan...Abah turut tawarkan bantuan pinjaman sebanyak RM 20K..AKu enggan menerima kerana aku tak mahu abang2 dan kakak2 tahu, abah tolong aku..Abah cakap, semua anak2nya pernah dia tolong dan adil jika abah pun tolong aku...Aku cakap, if aku menerima bantuan abah, aku akan masukkan abah dalam syarikat. Abah terima cadangan aku. Tapi, aku hanya akan terima bantuan abah jika sangat memerlukan dan keadaan terdesak kerana aku tak nak susahkan abah. Sebelum tido, aku sempat beritahu dia apa yang abah tawarkan.


20 July 2010

Dia datang ke kedai pukul 5.40 petang...kami berbual panjang...Banyak perkara yang aku baru tahu walaupun kami sudah hampir 2 tahun berkawan..Yup, kami selalu busy. Moga dengan partnership ini, hubungan akan bertambah akrab. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan sanggup mengharung cabaran, derita, sedih dan sedia berkorban..Aku rasakan dia banyak memikul tangunggannya sendiri..Baru aku tahu, kakak yang paling rapat dengannya sudah tiada...Kanser!!Aku terkedu mendengarnya. Sungguh aku tak tahu. Padahal, baru tahun lepas...Aku....Perkara paling aku terharu apabila dia sanggup berikan sebahagian nyawanya, malah sanggup berikan kesemuanya jika itu boleh menyembuhkan...Aku...(maafkan aku kerana tak mampu)....................Kini, aku lebih mengerti dirinya....Kaulah sahabat sejati...

Thursday, July 15, 2010

Lega akhirnya....

Semalam, segala masalah telah terungkai...Lega sangat. Dia datang ke kedai seperti yang dijanjikan...Pada mulanya, seksa menunggu dan penantian berakhir jam 4.00 petang. Hampir sebulan lebih tak bertemu, ada perubahan pada dirinya. Rambut yang panjang di rebonding. Aku menegur kenapa diluruskan?? Dia menjawab, saje biar kemas. Sebenarnya, aku lebih suka dengan stail rambut seperti selalu, macam Takeshi Kaneshiro..

Lupakan tentang dia, berbalik kepada cadangan pengambilalih pengurusan restoran. Dia memberikan pendapat bahawa jika mahu menceburi perniagaan ini, biar pulun berhabis-habisan. Ada kemajuan dan tidak statik seperti restoran itu. Setelah berfikir dan membandingkan alasan-alasan yang diberi, aku memutuskan untuk fokus kepada tender kafe yang aku baru dapat.

Kemudian, aku cadangkan agar kami menubuhkan satu syarikat baru. Fungsinya hanya sebagai syarikat pelaburan untuk masa depan. Biak dan biak kan duit sampai tercapai impian kami untuk ada sebuah restoran yang maju...Jika takde masalah, next week aku akan daftarkan syarikat...tunggu nama yang dia sedang pilih...hari ini, segalanya lega sudah..apa yang diimpikan selangkah untuk ditunaikan...

Tuesday, July 13, 2010

Aku buntu....

Tadi aku ada interview tender peringkat pemilihan yang terakhir....ada 9 orang calon termasuk aku untuk 4 buah tempat sahaja. antara kesemuanya adalah tauke-tauke besar.aku rasa kerdil.tetapi, aku tetap berjuang demi syarikat.

abis interview, ada respons yang agak baik. insya Allah, jika ada rezeki, tender ini menjadi milik aku.seperti biasa, aku akan memaklumkan kepada dia.agak lama juga, kami berbual.rupa-rupanya, seminggu lepas dia tidak sihat.patutlah aku tak dapat hubungi atau berselisih dengannya.

kemudian, tauke restoran yang aku bercadang untuk ambil alih menelefon aku.harga diturunkan RM10 K lagi.aku buntu.lantas meminta pendapat auntie. kemudian, aku minta pandangan dia pula.dia pesan supaya aku tak memikirkan sangat.esok dia berjanji akan datang ke kedai untuk berbincang lagi.

pada masa yang sama, satu tender sudah dalam tangan.kini, aku dalam dilema....aku bersyukur dikurniakan rezeki ini....aku perlu berfikir masak2 supaya yang dikejar dapat, yang dikendong pun tak tercicir....

aku buntu....buntu...dan buntu.....someone please help me!!!!!!!!!!

Wednesday, July 7, 2010

Mungkin nanti????

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri



#OOOOOOhhhhhhhhhhh TTTTTTTTiiiiiiiiiDDDDDDDDaaaaaaKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!

Hanya mimpi...Katakanlah, hanya mimpi....

Friday, July 2, 2010

I surrender....

There’s so much life I’ve left to live
And this fire’s burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake the solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I’m in love with you

’Cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it to
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

I know I can’t survive
Another night away from you
You’re the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there’s no better time
From this fear I will break free
And I’ll live again with love
And no the they can’t take that away from me
And they will see...

’Cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Every night’s getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I’ll swallow my pride and I’ll be alive
Did you hear my call
I surrender all

’Cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Right here, right now
I give my life to live again
I’ll break free, take me
My everything I surrender all to you

Right here, right now
I give my life to live again
I break free, take me
My everything I surrender all to you

Thursday, July 1, 2010

Ketulusan hati..

Sejak khamis minggu lepas, aku tak dapat hubungi dia. Panggilan telefon tak berangkat, sms pun tak berbalas. Entah mengapa agaknya? Aku rasakan dia sangat sibuk. Jadi, aku tak mahu berterusan mendesak mahupun menganggu masanya. Walaupun ada sedikit rasa risau, aku tak mahu berfikir yang bukan-bukan.

Tatkala aku bangun dari tidur keesokannya, ada satu sms dari dia. dia meminta maaf. baru balik dari pantai timur kerana kerja. dia ada sebut bahawa dia mempunyai tender di cawangan sana. maaf kedua kerana dia tak sempat untuk menjawab panggilan mahupun sms. aku akui, hanya satu sms sudah pun melegakan hati ini.dan aku rasa, dia tak perlu pun meminta maaf.

aku memahami kesibukan dirinya tetapi sedikit ralat kerana kali terakhir bertemu adalah pada 6 jun yang lalu...hingga saat ini, aku masih tak berpeluang untuk berjumpa. aku tak ingin menganggunya dan sentiasa doakan dirinya berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.aku cuba menjadi seorang sahabat yang memahami malah aku sedia berkorban.

29 jun 2010

aku cuba menelefonnya lagi pagi ini, tetapi masih tak berjawab. mungkin dia masih mahu bersendiri. hari ini, aku ada janji dengan financial planner.aku dah merancang untuk membawa financial planner untuk makan di restoran yang aku bercadang untuk beli. oh ya, minggu lepas aku sudah pergi ke restoran itu dan berbincang dengan pemiliknya. kemungkinan, aku akan membeli perniagaan ini selepas raya nanti. setelah tawar menawar, tauke restoran bersetuju untuk menurunkan harganya kepada rm40K.aku berkata, akan menimbangkan dan berfikir dahulu. maka, oleh sebab itulah aku ingin bertanyakan pendapat si dia. selalunya, aku akan meminta pendapat dan pandangannya dalam apa jua perkara terutamanya yang berkaitan bisnes.

ketika aku sampai di restoran, para pelanggan agak ramai juga. dari deretan lauk pauk, aku sudah dapat agak restoran ini tak kurang hebatnya. setelah mengambil beberapa jenis lauk untuk dicuba, aku menuju ke meja di satu sudut untuk makan sambil memerhatikan keadaan restoran. pada masa ini lah, si dia menelefon kembali. namun, disebabkan keadaan sekeliling yang sedikit sibuk, aku tak dapat melayani patah perkataannya.lagipun hujan mula menderu lebat.apa yang aku dengar, dia baru bangun dari tidur.ha..ha..

sepanjang hampir dua jam aku stuck di restoran, aku dapat rumuskan perniagaan restoran itu agak maju juga....namun, aku masih memerlukan bantuan dan pendapat dari dia. serta pandangan beberapa kawan baik yang lain. maklumlah, pelaburan yang akan keluar bukan sedikit.

petang itu setelah aku sampai di kedai, dia menelefonku semula. tak sabar nak tahu apa yang sangat penting kerana dia sering begitu. dia kata dia hanya ada masa 10 minit.tanpa berlengah, aku terus menerangkan dan menceritakan apa yang telah aku rancangkan.dari sepuluh minit, jadi berjam lamanya.

perancangan pertama, beli restoran untuk walk in customer dan katering.

plan ke-2, kumpul duit banyak-banyak dan buka syarikat bersama dia. bidang kontraktor.dalam syarikat kami, dia jaga kontraktor site manakala aku jaga foodservice site.dua-dua ada tanggungjawab untuk majukan syarikat bersama.

plan ke-3, aku bagi syer kat dia dalam syarikat trading aku dan aku akan beli syer syarikat dia. aku nyatakan alasan. untuk kepentingan bersama. dia berminat dan akan pertimbangkan lagi.

plan ke-4, aku nampak apa yang dia cita-citakan dan aku beri kepercayaan ini.aku juga berkira-kira untuk mewasiatkan 10% daripada keseluruhan harta kekal aku untuk dia. 70 % untuk ahli keluarga aku, manakala 20% akan aku sedekahkan kepada masyarakat.tetapi, aku akan beri dia 40% hak dalam syarikat trading manakala 60% lagi kepunyaan waris keluargaku yang akan aku pecahkan 30% setiap satu.. aku percaya, dia mampu memacu syarikat trading ke tahap yang membanggakan serta gunakan untuk mencapai cita-citanya.impian aku adalah buat yang terbaik untuk sahabat yang baik.

selain itu, aku juga mahu mengenali keluarganya dengan lebih rapat lagi. segala yang aku lakukan tak lain dan tak bukan adalah kerana ikatan persahabatan.lagipun, dia pernah beritahu, aku orang yang sangat dia percayai.dan aku anggap ini satu penghormatan dan amanah. mudah-mudahan apa yang aku telah rancangkan akan mendapat keberkatan....ada banyak perkara lagi yang aku dan dia bincangkan malah aku dapat rasakan masih ada ketulusan hati...