Tadi aku ada interview tender peringkat pemilihan yang terakhir....ada 9 orang calon termasuk aku untuk 4 buah tempat sahaja. antara kesemuanya adalah tauke-tauke besar.aku rasa kerdil.tetapi, aku tetap berjuang demi syarikat.
abis interview, ada respons yang agak baik. insya Allah, jika ada rezeki, tender ini menjadi milik aku.seperti biasa, aku akan memaklumkan kepada dia.agak lama juga, kami berbual.rupa-rupanya, seminggu lepas dia tidak sihat.patutlah aku tak dapat hubungi atau berselisih dengannya.
kemudian, tauke restoran yang aku bercadang untuk ambil alih menelefon aku.harga diturunkan RM10 K lagi.aku buntu.lantas meminta pendapat auntie. kemudian, aku minta pandangan dia pula.dia pesan supaya aku tak memikirkan sangat.esok dia berjanji akan datang ke kedai untuk berbincang lagi.
pada masa yang sama, satu tender sudah dalam tangan.kini, aku dalam dilema....aku bersyukur dikurniakan rezeki ini....aku perlu berfikir masak2 supaya yang dikejar dapat, yang dikendong pun tak tercicir....
aku buntu....buntu...dan buntu.....someone please help me!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment