Sejak khamis minggu lepas, aku tak dapat hubungi dia. Panggilan telefon tak berangkat, sms pun tak berbalas. Entah mengapa agaknya? Aku rasakan dia sangat sibuk. Jadi, aku tak mahu berterusan mendesak mahupun menganggu masanya. Walaupun ada sedikit rasa risau, aku tak mahu berfikir yang bukan-bukan.
Tatkala aku bangun dari tidur keesokannya, ada satu sms dari dia. dia meminta maaf. baru balik dari pantai timur kerana kerja. dia ada sebut bahawa dia mempunyai tender di cawangan sana. maaf kedua kerana dia tak sempat untuk menjawab panggilan mahupun sms. aku akui, hanya satu sms sudah pun melegakan hati ini.dan aku rasa, dia tak perlu pun meminta maaf.
aku memahami kesibukan dirinya tetapi sedikit ralat kerana kali terakhir bertemu adalah pada 6 jun yang lalu...hingga saat ini, aku masih tak berpeluang untuk berjumpa. aku tak ingin menganggunya dan sentiasa doakan dirinya berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.aku cuba menjadi seorang sahabat yang memahami malah aku sedia berkorban.
29 jun 2010
aku cuba menelefonnya lagi pagi ini, tetapi masih tak berjawab. mungkin dia masih mahu bersendiri. hari ini, aku ada janji dengan financial planner.aku dah merancang untuk membawa financial planner untuk makan di restoran yang aku bercadang untuk beli. oh ya, minggu lepas aku sudah pergi ke restoran itu dan berbincang dengan pemiliknya. kemungkinan, aku akan membeli perniagaan ini selepas raya nanti. setelah tawar menawar, tauke restoran bersetuju untuk menurunkan harganya kepada rm40K.aku berkata, akan menimbangkan dan berfikir dahulu. maka, oleh sebab itulah aku ingin bertanyakan pendapat si dia. selalunya, aku akan meminta pendapat dan pandangannya dalam apa jua perkara terutamanya yang berkaitan bisnes.
ketika aku sampai di restoran, para pelanggan agak ramai juga. dari deretan lauk pauk, aku sudah dapat agak restoran ini tak kurang hebatnya. setelah mengambil beberapa jenis lauk untuk dicuba, aku menuju ke meja di satu sudut untuk makan sambil memerhatikan keadaan restoran. pada masa ini lah, si dia menelefon kembali. namun, disebabkan keadaan sekeliling yang sedikit sibuk, aku tak dapat melayani patah perkataannya.lagipun hujan mula menderu lebat.apa yang aku dengar, dia baru bangun dari tidur.ha..ha..
sepanjang hampir dua jam aku stuck di restoran, aku dapat rumuskan perniagaan restoran itu agak maju juga....namun, aku masih memerlukan bantuan dan pendapat dari dia. serta pandangan beberapa kawan baik yang lain. maklumlah, pelaburan yang akan keluar bukan sedikit.
petang itu setelah aku sampai di kedai, dia menelefonku semula. tak sabar nak tahu apa yang sangat penting kerana dia sering begitu. dia kata dia hanya ada masa 10 minit.tanpa berlengah, aku terus menerangkan dan menceritakan apa yang telah aku rancangkan.dari sepuluh minit, jadi berjam lamanya.
perancangan pertama, beli restoran untuk walk in customer dan katering.
plan ke-2, kumpul duit banyak-banyak dan buka syarikat bersama dia. bidang kontraktor.dalam syarikat kami, dia jaga kontraktor site manakala aku jaga foodservice site.dua-dua ada tanggungjawab untuk majukan syarikat bersama.
plan ke-3, aku bagi syer kat dia dalam syarikat trading aku dan aku akan beli syer syarikat dia. aku nyatakan alasan. untuk kepentingan bersama. dia berminat dan akan pertimbangkan lagi.
plan ke-4, aku nampak apa yang dia cita-citakan dan aku beri kepercayaan ini.aku juga berkira-kira untuk mewasiatkan 10% daripada keseluruhan harta kekal aku untuk dia. 70 % untuk ahli keluarga aku, manakala 20% akan aku sedekahkan kepada masyarakat.tetapi, aku akan beri dia 40% hak dalam syarikat trading manakala 60% lagi kepunyaan waris keluargaku yang akan aku pecahkan 30% setiap satu.. aku percaya, dia mampu memacu syarikat trading ke tahap yang membanggakan serta gunakan untuk mencapai cita-citanya.impian aku adalah buat yang terbaik untuk sahabat yang baik.
selain itu, aku juga mahu mengenali keluarganya dengan lebih rapat lagi. segala yang aku lakukan tak lain dan tak bukan adalah kerana ikatan persahabatan.lagipun, dia pernah beritahu, aku orang yang sangat dia percayai.dan aku anggap ini satu penghormatan dan amanah. mudah-mudahan apa yang aku telah rancangkan akan mendapat keberkatan....ada banyak perkara lagi yang aku dan dia bincangkan malah aku dapat rasakan masih ada ketulusan hati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment