Thursday, July 15, 2010

Lega akhirnya....

Semalam, segala masalah telah terungkai...Lega sangat. Dia datang ke kedai seperti yang dijanjikan...Pada mulanya, seksa menunggu dan penantian berakhir jam 4.00 petang. Hampir sebulan lebih tak bertemu, ada perubahan pada dirinya. Rambut yang panjang di rebonding. Aku menegur kenapa diluruskan?? Dia menjawab, saje biar kemas. Sebenarnya, aku lebih suka dengan stail rambut seperti selalu, macam Takeshi Kaneshiro..

Lupakan tentang dia, berbalik kepada cadangan pengambilalih pengurusan restoran. Dia memberikan pendapat bahawa jika mahu menceburi perniagaan ini, biar pulun berhabis-habisan. Ada kemajuan dan tidak statik seperti restoran itu. Setelah berfikir dan membandingkan alasan-alasan yang diberi, aku memutuskan untuk fokus kepada tender kafe yang aku baru dapat.

Kemudian, aku cadangkan agar kami menubuhkan satu syarikat baru. Fungsinya hanya sebagai syarikat pelaburan untuk masa depan. Biak dan biak kan duit sampai tercapai impian kami untuk ada sebuah restoran yang maju...Jika takde masalah, next week aku akan daftarkan syarikat...tunggu nama yang dia sedang pilih...hari ini, segalanya lega sudah..apa yang diimpikan selangkah untuk ditunaikan...

No comments:

Post a Comment