Pagi tadi masa aku kat kedai, aku terima sms dia. Dia nak datang kedai...Aku risau jika demamnya masih belum kebah lagi. Bukannya ape, semalam dia cakap dia demam dan tidur seharian kerana tak larat...Kemudian, dia sms lagi dan hampir sampai ke kedai aku. Aku bertanya, nak daftar syarikat ke??? Jawabnya, ya..Aku masih menunggu staf yang tak juga tiba. Ah, tutup aje lah kedai sekejap...
Lebih kurang jam 11 pagi, dia sudah sampai. Wajahnya masih kelihatan pucat...Ternyata demamnya masih ada. Aku bertanyakan hal kesihatan dia. Dia cakap masih boleh bertahan lagi. Aku tak sampai hati tengok dia dalam kesakitan, namun dia menyakinkan aku dia tak apa-apa...Bila difikirkan, mungkin dia akan sibuk semula selepas ini...
Setelah menunggu hampir dua jam, segalanya selesai...Syarikat yang dikongsi bersama ini akan aku manfaatkan untuk masa depan kami. Banyak program dan perancangan diatur supaya objektif syarikat mencapai sasaran..Apapun, hari ini juga sudah ada projek yang aku usahakan...Syarikat ini merupakan lambang persahabatan aku yang tiada nilai kerana aku memang ingin menghadiahkannya setelah segala objektif tercapai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment