Friday, April 16, 2010

First time....

Hallooooooooooo............

Hari ni first time, aku buat blog..Zaman sekarang ni, apa yang orang lain buat, aku pun tak mahu ketinggalan. Tak naklah di label "katak di bawah tempurung"..Tapi, katak zaman sekarang ni, walau ada yang masih di bawah tempurung, jangan tak tahu, tempurung lutsinar tau...Tahu apa yang berlaku di sekeliling. Tetapi disebabkan ada kekangan, maka katak itu tidak mampu untuk melepaskan dirinya. Hanya mampu melihat, menyaksikan dan memerhati sahaja dari jauh. Maka, katak zaman sekarang bukan seperti dahulu lagi. Bijak tetapi hanya sekadar mampu berdiam diri..Ah, cerita kisah katak lah pulak.

Back to the first entry ni, aku sebenarnya dah lama membaca blog-blog orang lain. Jadi, terlintas di fikiran, mengapa aku tidak membuat satu blog sendiri??Blog kini semakin popular dan menarik. So, pada malam ini, aku memulakan langkah pertama mewujudkan satu blog. Casamayasutra.blogspot.com

Aku sendiri tidak tahu mengapa memilih nama tersebut. Hanya terlintas di fikiran. Lagipun, nama yang unik senang diingati. Maka, blog ini bakal menjadi luahan dan coretan perkataan apa yang terlintas di fikiran aku. Blog ini juga menjadi medan untuk aku meluahkan dan berkongsi sesuatu dengan para bloggers di alam maya ini.

Akhir kata, selamat malam!!!!!



Regards,
Casamayasutra

No comments:

Post a Comment