Hi,
Semalam aku ingat nak menulis sepatah dua kata tetapi disebabkan connectivity internet takde, terpendamlah hasrat itu. Bengang la jugak. Ye lah, TM dok canang sana sini pasal High Speed Broadband lah tapi yang basic macam Streamyx ni pun hampeh!!!Tiap-tiap bulan mesti ada je time internet bengong. Puas juga lah aku menelefon talian 100 tu. Selalu lebih 5 minit dengar promo free....
Ok, back to my story hari ni, aku rasa nak memperkenalkan diri la dulu. Ye lah kan, setiap sesuatu kena lah ada permulaan. Kira ini entry untuk blog aku yang tak seberapa ni. Let's start dengan diri aku. Aku nama casamaya je. Nak panggil as 'casa' boleh, 'cs' sahaja pun boleh. Kira nama commercial la.ha..ha...Umur???baru 25 tahun...amacam, tak percaya???kena percaya geng.he..he..
Aku duduk kat Shah Alam. Bandar yang aku suka sebab relax, tenang, easy access dan banyak facilities. Aku migrate ke selangor sejak 2003 lagi. Kira almost 7 years jugak la aku bermastautin kat Selangor bandar Anggerik ni...Family aku ada kat Ampang. Kampung di Johor. Aku duduk dengan kawan-kawan sebab tak nak rasa sunyi tapi lama-kelamaan aku rasa penat duduk dengan kawan-kawan. Later on, i tell you kenape.....
Aku kerja jaga kedai, kira duit, simpan duit dan belanjakan duit...seronok bukan???memang seronok kerana aku suka memerhatikan perihal manusia..macam-macam yang boleh aku pelajari dengan melihat kepelbagaian sikap dan sifat manusia itu sendiri...orang kata, pengalaman adalah guru terbaik untuk menempuh kehidupan....
DAlam blog ni, aku akan coretkan apa sahaja yang aku rasa aku boleh luahkan. Maklumlah, amateur blogger..to start with, aku nak kongsikan tentang friend....semua orang mesti ada friend or kawan kan...kalo takde, amat malang lah insan itu, baik duduk kat iceland je.....kawan ni ada banyak jenis. ada yang berstatus sahabat atau kawan karib atau bestfriend, close friend dan wellwishers.ada yang berstatus kawan baik or good friend.ada yang kawan mesra-an macam intimate friend.ada jugak kawan yang biase-biase je or kenalan biasa dan banyak jugak yang kawan makan kawan.back stabbed you.
so kiranya aku ni memang ada ramai kawan.kawan masa sekolah dulu, kat kolej dan universiti dan kawan masa sekarang ni..contoh la.kat tempat kerja aku ni, para pelanggan pun dah ramai yang jadik kawan aku...kontraktor elektrik pun ada, kontraktor kabel pun ada, kontraktor lanskap pun ada. kontraktor buat jalan, bangunan etc pun ada.dengan tukang sapu pun aku baik dan kenal dengan office cleaner pun aku mesra jugak.dengan tauke katering, tauke fotostat, tauke cyber kafe dan tauke kedai runcit pun aku baik.so kiranya kategori jenis itu sangat lah ramai tetapi hanyalah sekadar kenalan biasa.
untuk kategori kawan baik atau good friend ada jugak beberapa orang. macam ada sorang kakak tu tauke kedai jahit, sorang tauke restoren dan sorang tauke mini mart. kiranya hal bisnes banyak la bincang dengan diorang and we saling help and support each other. macam hal pinjam duit setakat RM5K tu kitaorang saling tolong menolong lah...budak rumah aku hanya ada seorg sahaja yang boleh dikatakan kawan baik.kami lah yang awalnya menyewa berdua tetapi disebabkan dia student tak mampu nak bayar lebih, aku pun cadangkan amik lagi beberapa penghuni.mamat ni memang baik dan bagus serba serbi lah.benda2 mekanikal pun dia leh buat.so tak payah nak buang duit cari plumber ke, wayar men ke etc.memang berguna.
yang status satu ni paling susah.kawan akrab aku hanya ada 3 orang je.sorang tu tauke kabel (23 tahun).sorang tu penjawat awam (28 tahun) dan sorang tu takde kerja sebab dia orang bergelar so duduk goyang kaki je..jealous sangat aku kat Tengku tu (23 tahun)...hehe..he..paling lama kenal dengan penjawat awam ni sejak 2004, Tengku 2005 dan tauke kabel 2008. Alhamdulillah hingga saat ini, hubungan kami masih mekar dan harum semerbak mewangi walaupun ada saat-saat aku rasa bagai dihiris sembilu yang sangat tajam...
namun, diorang lah yang menjadi racun dan penawar hidup aku....hubungan aku dengan tauke kabel pun baru je pulih selepas 40 hari berperang perasaan akibat kesilapan aku sendiri.mudah-mudahan pengajaran bermakna ini akan membuatkan aku matang dan menambahkan keintiman dalam our relationship.ok lah, aku ada benda nak kena buat...nanti aku sambung lagi ya...invoice ada separuh dozen tak siapkan lagik...duit tu.....
selamat malam,
bonsoir!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment