Wednesday, April 21, 2010

Oh mengantuk....

Pagi-pagi lagi aku dah rasa sangat mengantuk hari ni....Ntah apahal agaknya....Nak kata tido lambat malam tadi, tak jugak. Bangun awal sangat pagi tadi pun tak jugak....Hanya satu sahaja jawapannya...Tido tak lena malam tadi..Sebabnya aku diserang demam dan batuk sejak hari sabtu lepas....Namun, sudah sedikit ok la...Malam tadi aku teringin benar mimpi berjumpa A.S...AL maklumlah....tersangat rindu walau baru berjumpa hari Isnin yang lalu.Dia ni lain sikit...Special di hati aku...jadi jika seminggu tidak berjumpa seperti masa seakan bergerak tersangat lah perlahan..

Back to the topic sleepy hari ni, pagi tadi seperti biasa lah aku akan keluar kerja seawal jam 7.00 pagi. Seperti selalu, aku akan terserempak dengan sorang budak rumah sebelah ni. aku suka tengok muka dia.sweet jer..tak pernah bertegur walau selalu terserempak kekadang di tempat parkir mahupun di sebelah rumah..budak ni aku pun tak tahu ape kerja dia tapi pakaian dia memang smart ar hari-hari.tak macam aku.selalunya aku pakai t-shirt round nect, khakis dan sandal je.hanya hari tertentu je aku pakai smart sikit jika ada urusan dengan pihak U.

Aku rasa kereta budak tu problem kot coz dia tak bawa kereta dia pagi tadi. 'kami' selalu parkir kereta berdekatan, kekadang berhadapan, bersebelahan dan berhalangan. macam ada jodoh je...he..he..tapi dia bukan lah termasuk dalam taste aku...sorry ya...cuaca sedikit mendung. macam biasa, drive dari rumah ke kedai tak sampai pun 10 minit...senang kan...ni lah untungnya jadi tauke....sesuka hati je nak keje kat area mana...

Hari ni pelanggan agak kurang berbanding minggu-minggu sudah. aku sudah sedia maklum...cabaran berniaga macam ni lah..ada masa sangat masyuk, ada masa cukup-cukup makan je...yang penting, kena pandai manage your financial..so seperti biasa aku dengar KL.fm pagi-pagi. hari ni Hajah Rohani bagi tips buat para self-employed macam aku ni. ada 5 perkara yang mesti ada. savings, insurance, unit trust, medical card dan will atau wasiat....aku suka dengar motivasi by Hajah Rohani every wednesdays sebab dia tak kedekut ilmu untuk dikongsikan...dan sumbernya banyak di petik dari rujukan agung manusia, Al Quran.

Aku rasa, disebabkan cuaca yang suram ditambah pulak dengan kehadiran pelanggan yang kurang di kedai aku, menyebabkan mata aku begitulah mendambakan tilam yang empuk untuk direhatkan....tapi aku tahankan jugak mata aku ni....disebabkan dah rasa tak tahan sangat, aku pun berkeliaran lah menuju ke kedai kawan-kawan yang lain.tempat pertama di tuju adalah kedai auntie..apa lagi, auntie ni tiap kali jumpa aku je, mesti ada hot news. dia tanya, ada tak dapat interview tender esok???aku jawab ada. Auntie??tanye aku balik. auntie pun jawab ada.so dia pun bagi la tips how to face the interview...aku cakap kat auntie maybe aku cannot attend the session becoz i got flu and cough..karang tak pasal-pasal aku di halau keluar dari bilik temuduga...

what i can rely for tomorrow adalah my dedicated staff.i really hope she can go through the Q&A session and confidence.tapi aku still risau becoz interview adalah huge responsibility...you are 50% chances to grab that tender...other 50% based on performance...malam ni aku nak buat tahajjud minta agar staf aku berjaya mengharungi temuduga esok.nasib 3 tahun akan datang terletak pada tangungjawab staf aku.AMin...semoga mendapat tender lagi...

esok pagi-pagi aku nak sms A.S. doakan aku berjaya.A.S menjadi org pertama yang aku maklumkan jika berlaku perkara besar.dia penting dalam hidup aku..aku dah rasa merana kehilangan dia walau untuk tempoh 40/44 hari lalu...tak sanggup lagi untuk aku kehilangan dia buat kali kedua...peluang yang diberikan kali ini akan aku gunakan sebaiknya supaya hubungan mesra dan baik kami akan berkekalan selamanya....

cerita pasal mengantuk tadi, akhirnya aku pun berjaya menemui ubat yang paling berkesan...nak tau tak???simple je, tidur lah...bila dah tidur, mata tak mengantuk lagi, malh lebih segar dan bersemangat....

ok lah,aku ada kerja lain nak buat...jumpa lagi ya....

selamat malam.

No comments:

Post a Comment