Saturday, May 1, 2010

Keliru.....

Rabu, 28 April 2010


Setelah semalam aku masih rasa bengang disebabkan terlepas tender, aku pergilah menghiburkan diri di pejabat alumni. Macam biasa lah bila dah jumpa kawan-kawan di sana, banyak perkara yang dibualkan. Hari ni, aku nekad nak berjumpa dengan En.R setelah mendapat lampu hijau dari pihak Treasury supaya aku terus berurusan dengan pihak sana untuk menyelesaikan masalah kontrak kafe yang masih di dalam tempoh walaupun kafe terpaksa ditutup atas sebab perpindahan fakulti. Setelah tiba di pejabat En.R, aku memulakan mukadimah dengan pelbagai isu semasa. Ye lah kan, takkan nak terus direct je...kenalah berbahasa basi dahulu.

Setelah hampir setengah jam berbual-bual kosong, aku bertanyakan En.R bagaimana dengan gantian kafe yang lain. Maka En.R memberi cadangan kepada aku supaya masuk "close tender" dimana hanya sesetengah syarikat sahaja yang dijemput. Setelah diterangkan dengan lebih lanjut, aku berasa agak berminat kerana ini merupakan satu peluang untuk aku rebut dan jika berjaya bakal menjadi model untuk kafe yang lain. Setelah berfikir panjang, aku bersedia untuk menyahut cabaran ini dan akan menyiapkan satu kertas cadangan bagi mereka konsep kafe yang sesuai.

Sebaik pulang dari pejabat En.R, aku sms A.S untuk bertanyakan pendapat....tahu tak apa jawapan yang aku dapat?????"BUSY"....satu jawapan pendek tetapi membuatkan aku terfikir panjang...aku cuba bersangka baik mungkin A.S memang sibuk dengan projek barunya tetapi aku memang berharap dia akan memberikan dorongan atau semangat...tapi hampa.......

Sepanjang hari, mood aku menjadi sedikit kureng disebabkan sms tadi...walaupun aku sibuk, aku tak pernah layan kawan-kawan rapat macam ini...ah, kecilnya hati ini....o kotajo..........


Khamis, 29 April 2010

Sehingga tengah hari, aku masih sibuk di kedai...selepas berbual dengan syam hampir sejam, aku sedikit lega kerana masih ada yang ambil berat...aku juga sudah berbincang dengan kakak untuk bekerjasama menjayakan projek besar ini...kiranya, aku memberikan syer syarikat sebagai balasan atas pinjaman modal..bukan sedikit...hampir RM 80K diperlukan.

Petang itu, aku tidak menyangka A.S akan datang ke kedai...Ye lah, selalu dia datang hari Isnin tapi selepas beberapa hari berlalu aku tak harap pun tambah-tambah lagi semasa aku menelefon dia, seperti dia tiada mood. A.S terus sahaja bertanya tentang apa perkara yang nak dibincangkan....aku terkedu kerana aku tak sangka dia akan ingat lagi sms semalam yang aku sent sebab dia hanya reply 'busy'. Aku brief la sikit-sikit. Tak selesa nak cakap panjang coz dia datang dengan staf dia. aku ajak dia keluar untuk bincang. jawapannya "u kan tau i busy, so tak dapatlah".aku dah lali dengar jawapan yang sama sejak 4 bulan lepas.busy..busy..dan busy...mungkin selamanya busy...

Lepas tu A.S ingin meminjam syarikat aku untuk merebut tender. Jika aku kecil hati, pasti aku tak bagi tetapi aku bukan begitu...cukuplah jika A.S letakkan seluruh kepercayaan dia pada aku, aku dah rasa berbaloi sebab bukan senang untuk dia percaya pada orang lain..Tanpa berfikir panjang, aku terus bagi kerana sudah berjanji. 2 bulan lepas dia ada beritahu aku untuk meminjam syarikat walaupun pada masa itu hasrat untuk dinner bersama ditolak juga...waktu itu, aku dah terconggok hampir 3 jam tetapi dia tak datang juga...alasannya A.S terlalu penat seharian bermesyuarat...aku yang terconggok bagai orang-orang di sawah padi, rasa patah hati tetapi apakan daya....i'm nobody..

Sebelum A.S pergi dari kedai, aku masih berharap dan ucap 'kalau u ada masa, i nak bincang'.......


Jumaat, 30 April 2010

Pagi-pagi lagi, aku dah sms A.S. memang tak pernah harap dia akan reply kembali sebab sejak dia dapat projek baru, sms aku sering diabaikan.namun aku tahu, dia tetap membacanya walaupun tak dibalas.aku dah biasa malah akan terus sms walaupun dia masih begitu...aku tak akan berputus asa.

Tengah hari, A.S telefon. Bercakap sekadar 40 saat, untuk maklumkan tentang dia masih perlukan syarikat sampai next week..aku cakap tak kisah kerana aku percaya pada dia 110%.akhir kata, dia berjanji akan datang jumpa untuk berbincang...aku dah tak rasa apa...jika datang, datang.jika tak datang, pun tak pa...

kini, aku benar-benar keliru..........

Sometimes, dia caring aku too much,
and sometimes dia ignore aku macam tu je...

Sometimes, dia percaya aku seperti nyawa dia,
and sometimes dia hide something dari aku....

And mostly, aku selalu keliru....dengan sikap, sifat dan hati dia...mungkin dua tahun masih belum cukup untuk aku memahami hati seorang teman akrab...

No comments:

Post a Comment