Tuesday, January 4, 2011

Terima Kasih...

Hari ini, aku masih resah. Kesibukan di kedai tak mampu menyembunyikan perasaan ini. Mana taknya, panggilan aku masih tak berjawab...Aku buntu..Sehinggalah pada petang tadi selepas panggilan yang kedua, akhirnya dia menelefon aku selepas kali terkahir pada 8Sept tahun lalu. Aku terpanar seketika namun cepat-cepat ku jawab kerana tak mahu dia menunggu lama. Aduh, sememangnya dah lama aku tak mendengar suara itu.

Aku bertanyakan tentang proses pengajiannya. Dia kata, semester ini hanya ada 2 subjek. Aku harap, dia dapat menyesuaikan diri dengan pengajian. Maklumlah, kelas di hujung minggu pasti mencabar.Dan masa dia akan semakin sibuk antara tugas sebagai pengarah di syarikat dan juga mahasiswa. Apapun, aku acapkali berikrar, akan sentiasa menyokong dia dalam apa jua keadaan dan situasi.Dan, aku sanggup korbankan segalanya.

Minggu ini, aku masih tak berjaya untuk berjumpa dengannya.Jika dikira,hampir 3 bulan. Rekod paling lama kami tak pernah bertemu adalah pada tahun 2009. 4 bulan!!Tapi, tu masa aku masih tidak tahu nama dan no telefonnya...Pelik kan. Aku kenal dia pada 2008 tetapi hanya tahu nama dia pada tahun 2009. Selama hampir setahun, aku tak pernah tahu nama dan no telefonnya. Aku hanya menunggu dia datang ke kedai dan kami akan berbual mesra seperti seorang kawan yang sudah kenal lama..(Aku akan ceritakan detik pertemuan kami nanti).

Hampir 10 minit berbual, aku rasa tak puas namun terpaksa akur kerana dia masih ada banyak urusan. Namun, aku tetap berpuas hati kerana kami akan berjumpa lagi untuk membincangkan hal syarikat dan lain-lain. Untuk itu, aku akan beri dia ruang pada minggu ini kerana banyak perkara dia kena settlekan...

"Terima Kasih kerana masih ingat dan sudi menghubungi i".

No comments:

Post a Comment