Aku cuba call dia. Panggilan pertama dibiarkan begitu sahaja. Ah, mungkin dia sedang sibuk. Selang 30 minit kemudian, aku membuat panggilan kedua. Namun, masih tak berjawab. Fahamlah aku bahawa dia tak mahu diganggu. Aku masih ingat dia pernah berpesan, "U, kalau nak call i, masa time kerje je. Waktu tu i tak kesah walau i penat tapi i akan jawab. Waktu malam, i nak luangkan masa dengan family i. U kan faham i macam mane". Aku hanya menjawab, "I faham masa u untuk rehat hanya waktu malam dan i tak akan ganggu u." Tapi, bila aku call selalunya banyak yang tak berjawab walau siang lagikan pula malam. Aku tak paham mengapa dia berubah seperti ini. Adakah aku ini seorang yang menganggu???Mungkin aku ini hanyalah seorang yang dipinggiran sahaja.
Tetapi apabila terjadi perkara sebegini, selalu terlayar momen dimana dia amat memerlukan aku sebagai seorang yang amat dipercayainya. Memori itu sering menghimpit tatkala aku rasa dipinggirkan. Salah satunya beberapa bulan lalu. Waktu itu, hari dimana dia meluahkan sesuatu yang amat membebankan dirinya kepada aku. Dan itulah waktu dia sangat memerlukan sokongan aku dan seseorang yang setia disisinya. Aku masih ingat lagi, pagi lagi dia sudah menghantar sms.
"I datang ambil u di kedai jap lagi". Waktu itu, masih awal lagi dan aku masih sibuk menguruskan kedai. Tatkala jam menghampiri 9 pagi, satu lagi sms masuk.
"Sorry maybe i lambat sikit. Ada hal". Aku berasa sedikit berdebar. Takut jika apa-apa yang berlaku terhadap dirinya. Namun, aku sibukkan diri untuk menghilangkan rasa gusar.
Kemudian, satu sms lagi masuk. "I on the way". Aku lantas bersiap-siap untuk menutup kedai kerana tak mahu dia menunggu lama. Kebetulan, staf aku cuti kecemasan maka aku terpaksa menutup kedai juga. Sementara menunggu dia sampai, aku berjumpa dengan seorang rakan juga jiran perniagaanku sekadar berbual-bual kosong. Selepas 10 minit, dia telefon aku. "I dah sampai. U kat mane?" Aku menjawab, "I kat kedai kawan jap. I tak nampak u pun?". "Ada kat depan kedai u ni". Sambil berjalan aku sudah nampak Hilux dia lantas masuk ke bahagian penumpang di sebelah pemandu.
"U sihat? Eh, ,muka u pucat ni. U demam ke?" Aku bertanya sebaik sahaja terlihat akan wajah dia yang tidak sihat dan lesu.
"I ok, demam kelmarin. U tutup kedai ke? Mana staf u?" Dia bertanya sambil memandu.
"Oh, staf i cuti tapi petang nanti ada sorang lagi akan jaga kedai." Aku menjawab masih melihat kearahnya. Risau jika demamnya semakin teruk. Aku memang alah jika tiada air-cond.
"La, terpaksa pulak u tutup kedai. I rasa bersalah pada u".
"No lah.Jangan cakap mcm tu, i sanggup untuk u. Lagipun, ni je masa yang ada". Aku cuma menyakinkan dirinya. Sambil memandu kami berbual-bual.
"U tau tak, baru-baru ni ada gengster nak pukul i. Asyik call dan ugut2." Dia membuka cerita. Patutlah dirinya kelihatan seperti ada masalah. Rupa-rupanya begitu.
"Ya Allah, abis tu u macam mane? I tak nak u involve dengan gengster. I risau." Aku sangat terkejut." Sebab ape gengster tu cari u? Tak kan sebab bisnes? Ish, takut la i dunia kontraktor ni?" Dia hanya mendiamkan diri.
"I kalo gengster tu nak pukul i, i akan lawan." Dia menyambung kembali. Ada riak tegas di wajahnya.
"U, i tak nak perkara buruk berlaku terhadap u. Tapi, i sentiasa ada untuk menyokong u". Aku cuba memujuk dirinya. Bagi aku, api jangan dilawan dengan api. Seperti aku(api) dan dia (air). Aku selalu mengalah walau seringkali aku berasa sakit dan pedih demi menjaga perhubungan kami sejak 2008 lagi. Bagi aku,tak berbaloi jika hubungan aku dan dia musnah disebabkan ego masing-masing.Jika nak berpisah, baik sejak 2008 lagi, tak perlu teruskan tetapi aku masih mampu mempertahankannya selagi diizinkan Tuhan.Biarlah aku beralah kerana aku percaya ada hikmah..Andai ditakdirkan bahawa aku perlu menunggu sehingga bertahun baru hatinya terbuka, aku redha. Yang pasti, aku percaya setiap apa yang kami lalui adalah ketentuan takdir...
(Bersambung kemudian).....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment