Friday, January 28, 2011

semalam aku terkenang...

Isnin lepas, dia call aku. Dia tak berapa sihat. Batuk dan selsema. Minggu lepas pun semasa aku jumpa dia, dia juga tak sihat. Waktu itu, jam 11.30 malam, aku temankan dia sambil berbincang tentang projek akan datang. Sedar tak sedar jam sudah pun ke angka 2 pagi. Dia bertanya "u tak nak balik ke?" Aku jawab, " I dah lama tak jumpa u, apa salahnya i luangkan masa dengan u." Aku memang tak ingin pulang walaupun esok pagi aku perlu buka kedai seawal 7 pagi. Alangkah singkatnya masa untuk kami berdua. Namun, apabila pagi semakin dingin dan jam pun sudah menunjukkan 3 pagi, aku terpaksa merelakan dia pergi..Esok masih ada. Tak lupa aku pesan supaya dia mengambil ubat bagi mengurangkan batuk dan selsema.

Back to the phone call,aku sempat berpesan supaya dia sentiasa mengutamakan kesihatan diri kerana aku akan mula risau jika dia ditimpa sakit..Dia juga ada bercerita familynya ingin mengadakan kenduri pada waktu cuti nanti..Aku sempat berjanji untuk menghadiahkan kek buat jamuan tetamu.

Semalam, dia datang ke kedai aku. Wajahnya masih seperti kurang sihat. Namun, cepat-cepat dia berkata, "I dah makan ubat." Ha..ha..Belum sempat aku tanya, dia dah jawab..Kami banyak bercerita tentang pelajaran dia. Aku dah fikirkan sejak kelmarin untuk mengajikan private tutor untuk subjek dia. Apabila aku mengusulkan, dia bersetuju. Mujur aku ada kawan yang berkelulusan math dari luar negara yang sedia membantu. Inilah sahaja usaha yang aku mampu buat untuk dia agar dia berjaya menghabiskan pelajarannya dengan cemerlang. Aku tak kisah berapa kos yang perlu dibelanjakan, asalkan sebagai sahabat, aku ada menyokong dan dapat membantu dia. Seperti yang aku pernah janji, aku akan bersama dia tak kira susah atau sukar mana pun keadaan. Aku juga katakan, aku sanggup lepaskan kedai jika projek kilang jatuh ke syarikat kami...Details akan dibincangkan kemudian..Sebenarnya, sudah lama aku dan dia tak dapat luangkan masa seperti ini..amat lama. seingat aku,tahun lepas...aku memang inginkan saat-saat seperti itu namun aku sedar setiap apa yang berlaku antara aku dan dia, sudah ditakdirkan...kerana rezeki, jodoh dan ajal sudah ditetapkan sejak azali...

No comments:

Post a Comment