Kelmarin, ketika aku sedang sibuk di kafe, aku mendapat panggilan lagi dari Remy. Panggilan kedua setelah panggilan hari sebelumnya kami tak dapat berbual lama disebabkan kesibukan aku...Rasanya, kali terakhir Remy menelefon aku adalah bulan Jun lalu..Dahulu, hubungan kami agak akrab sebelum dia mendirikan rumahtangga. Namun, selepas itu, hambar. Aku juga hampir melupakan dirinya kerana kesibukan aku.
Bila diimbas kembali, aku kenal Remy tahun 2004 semasa di universiti. Wajahnya persis Jerry Yan (idola aku) membuatkan aku selesa berkawan dengannya. Kami semakin akrab selepas aku menarik dia untuk aktif dengan politik kampus.(Politik kampus yang kejam namun itulah juga satu loncatan buat aku mengenal dan menjalin hubungan baik dengan pihak atasan sehingga aku berjaya mencapai tahap sekarang)..
Semuanya kerana cuti semester dimana aku berkhidmat untuk pihak universiti..Dan kami menjadi teman baik sehingga lah tahun lepas...Apapun, panggilan kelmarin masih mengejutkan. Teringat kenangan dulu, aku dan dia selalu menghabiskan masa bersama. Suka dan duka. Berkongsi cerita dan impian yang sama. Namun, segalanya berubah...Benarlah kata orang, air sungai pun berubah warna inikan pula hati manusia..Kadang-kadang, aku banyak mengalah demi menjaga hati orang lain walaupun diri sendiri terasa pedih tapi setiap perhubungan memerlukan pengorbanan. Mungkin aku akan coretkan tentang kami kemudian nanti.
Aku sengaja mencari alasan untuk tak bertemu lagi takut akan ada hati yang akan disakiti. Biarlah tinggal kenangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment