Hatiku terasa pedih..Aku cemburu...Ya, memang aku cemburu. Aku cemburu dengan kawan-kawan dia. Sebab, aku tak dapat bergaul macam kawan-kawan dia bergaul dengan dia...Pening kan...Macam ni, walaupun aku dan dia dah kenal lama, tapi aku tak pernah dapat tengok wayang sekali pun dengan dia..Dengan orang lain, dia boleh tengok berkali-kali. Aku hanya dapat keluar jalan-jalan dengan dia hanya setahun sekali tapi dengan orang lain dia boleh keluar selalu. Aku hanya boleh keluar makan dengan dia paling banyak 3 kali setahun tapi dengan orang lain dia boleh keluar makan hampir setiap hari. Aku hanya boleh berbual dengan dia di telefon kadang-kadang sebulan sekali tapi dia boleh berbual dengan orang lain berkali-kali. Apabila aku menghantar sms, hampir semuanya tak dibalas tapi dia membalas sms dari orang lain. Aku hanya boleh berjumpa dia hanya apabila dia nak berjumpa dengan aku. Memang aku cemburu dengan kawan-kawan dia. Alangkah beruntungnya kawan-kawan dia kerana mereka tak dilayan seperti aku. Tapi, aku tak pernah menuntut lebih. Kerana aku ikhlas. Cemburu itu memang hak manusia. Hanya Malaikat yang tiada perasaan cemburu. Biarlah aku menjadi wellwisher tanpa nama. Apa yang aku tahu, dia tahu aku sentiasa menjadi penyokong dia saat susah dan senang..Walau dia sekadar meluahkan dan berkongsi sesuatu kepada aku, aku sudah rasa gembira dan rasa dihargai. Dulu banyak kenangan sebegini namun segalanya berubah sejak hari itu.
Sungguh mulia sepasang mata. Walau mereka tak pernah bersua, tetapi mereka gembira bersama. Sedih bersama. Hidup bersama dan mati pun bersama. Segalanya diharungi bersama walau tak pernah bertemu. Aku insaf...dan aku relakan keikhlasan atas apa yang aku lakukan. Aku tak pernah dan tak akan minta lebih. Cukuplah dia lunaskan janji-janji yang dia lafazkan...Aku sentiasa doakan untuk dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment