Tuesday, December 14, 2010

My Happiness...

Semalam, aku berjaya menghubungi dia. Aku agak gembira kerana dia masih seperti dulu. Tak pernah lupakan aku. Kali terakhir, kami berjumpa pada 28 Oct lalu. Tu pun kerana urusan penting. Namun, aku tak salahkan dia. Dia terlalu busy dengan hal syarikat. Aku sudah berjanji pada diri sendiri, untuk terus memahami dirinya walau seribu tahun sekalipun. Sebagai sahabat dan rakan kongsi, aku harus lebih mengerti dan memahami keadaan dirinya. Baik dan buruk laku aku haruslah sentiasa bersedia untuk menerima dan mempertahankan maruahnya. Itu janji aku. Untuk terus menyokong dan tetap menyokong walau apa pun berlaku.

Agak lama kami berbual tentang dia, aku dan company. Minggu lepas, aku bermimpi dia mengalami kecederaan dan semalam dia mengesahkan tangannya tercedera. Aku selalu mendapat petanda dari mimpi-mimpi. Entah mengapa aku tak tahu. Tapi, aku dapat rasakan ini petunjuk bahawa kami ada chemistry. Aku cuma mampu doakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan dirinya. Malah, aku tak pernah putus berdoa. Kan doa sahabat untuk sahabat itu lebih makbul.

Oh ya, sebut tentang doa, aku tak pernah lupa untuk doakan dia agar berjaya dapat sambung belajar. Dan, dia beritahu aku bahawa dia berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UTM. Alhamdulillah. Ya Allah, aku bersyukur pada Mu dan ini merupakan satu kegembiraan. Aku tak pernah putus berdoa dan berdoa untuk dia. Memang aku sangat gembira malah hilang segala kedukaan tentang tender yang ditarik balik. AKu sempat terangkan bahawa ada satu tender kami bersama yang ditarik balik kerana aku baru sahaja dianugerahkan dengan satu tender lain. Alasannya, aku kena pilih antara satu dan aku terpaksa lepaskan kerana aku sudah berjanji dengan kakak aku. Mujur dia memahami situasi aku.

Apapun, aku gembira sangat kerana dia berjaya melanjutkan pelajaran. Aku faham, dia memang nak sambung belajar. Sebagai sahabat, aku akan terus menyokong dia sehingga dia berjaya menamatkan pelajaran. Walau pun itu bermakna waktu antara aku dan dia semakin singkat malah mungkin hampir tiada namun aku sanggup mengalah demi masa depan dia. Aku akan gembira melihat kegembiraan dia..

No comments:

Post a Comment