Saturday, June 19, 2010

Without words...

7 Jun 2010

Bangun pagi, kaki masih rasa lesu...kenangan semalam masih terimbau di ruang mata...gembirakah aku????exactly, aku gembira kerana mampu berbakti kepada seorang sahabat...tengok jam dah hampir 8.30 pagi.aku harus segera bersiap untuk berjumpa ibubapa dan abangku di royale chulan..semalam aku sudah terlepas pertemuan keluarga di royale chulan.hari ini, aku tidak mahu kempunan lagi.

sebelum itu, aku harus membeli dokumen tender kafeteria terlebih dahulu sebelum pulang bertemu mereka untuk bercuti...tender tutup pada 17 jun.masih sempat lagi untuk mengisi borang tender lepas balik bercuti nanti..


8 jun 2010

aku dan ahli keluargaku berkonvoi menuju ke pantai timur untuk bercuti...aku memandu kereta peugeot 407 milik akak...terus terang, ini kali pertama aku memandunya...mula2 rasa kekok, tapi lama-kelamaan apabila sudah biasa,seronok pula memecut laju...kami sampai untuk check in hampir pukul satu tengah hari...


9 jun 2010

aku menerima sms A.S, meminta sedikit pertolongan.dia memerlukan bantuan aku untuk menghantar dokumen tender.aku terus setuju walaupun aku sedar bahawa aku perlu pulang kembali ke kl.bermakna aku meninggalkan family vacation demi A.S.aku sanggup berkorban kerana bagiku A.S telah meletakkan kepercayaan dan amanah kepadaku...aku faham, tender merupakan dokumen yang sangat penting dan bukan semua orang berhak mendapat kepercayaannya...even, abang aku pun hantar tender dengan tangannya sendiri dikhuatiri jatuh ke tangan orang yang tak berkenaan...aku doakan A.S akan berjaya dalam bidaannya nanti.

10 jun 2010

jam 8.30 aku mulakan pemanduan.family ditinggalkan.hanya satu sahaja difikiran.untuk sampai ke s.a tepat pada masanya kerana dokumen tender perlu diserahkan sebelum 12 tengah hari..aku memecut laju.kaki masih berdenyut-denyut.aku tabahkan hatiku dan berdoa agar aku sempat sampai.aku juga hampir2 kemalangan kerana mahu cepat...aku beristigfar dalam hati.Allah masih sayangkan aku dan aku selamat.

jam 11.30 aku sudah sampai di s.a.aku sms A.S untuk bertemu.alangkah kecewanya diri ini apabila mendapat jawapan. "sorry, abang i dah antar dokumen tu.i pun baru tahu"
Ya Allah, pedih sangat.aku mula rasa letih.aku ingin bertemu A.S.sekurang-kurangnya supaya berbaloi pengorbanan aku.jawapannya "i busy".akhirnya aku terpaksa sms mengatakan bahawa aku baru sampai dari kuantan kerana pedih hati seperti dihiris sembilu.A.S kelihatan bersalah dari jawapannya..

aku diamkan sahaja dan terus berjumpa pegawai untuk bertanyakan tender kafeteria yang aku mohon dulu.jawapan positif sedikit sebanyak mengubat rasa kecewa.aku kemiduan menelefon A.S untuk berjumpa dengannya petang nanti.namun sejam kemudian, aku rasa tidak bersedia untuk bertemunya kerana aku kelihatan tak bermaya dan pucat kerana letih dan rasa nak pitam.sebelum meninggalkan s.a, aku sempat sms A.S.

"U, sahabat i dunia akhirat tak kira masa susah ataupun senang. sahabat untuk berkongsi suka duka dan juga sokongan.dan atas sebab itulah i sanggup."

walaupun rasa sedih, sakit dan kecewa, aku tersenyum puas kerana aku sudah luahkan apa yang sepatutnya.terserah.....dan aku yakin, doa aku setiap hari akan dimakbulkan Allah jua..

No comments:

Post a Comment