6 June 2010
Hari ni, aku akan menghadiri majlis kenduri kahwin pakcik A.S. Dia menempah nasi minyak dari katering aku. Dari pagi-pagi lagi, aku dah bertungkus lumus menyiapkan nasi minyak untuk dihantar ke rumah pakciknya. Special punya aku buat. Disamping nasi minyak, aku juga tidak lupa membuat sendiri kek coklat untuk dihadiahkan kepada tuan rumah. Adat melayu, jika bertandang ke rumah seseorang, jangan dibiarkan tangan kosong. So, aku pikir better buat kek.
Jam 10.50 pagi aku dah sampai, namun A.S tidak kelihatan lagi. Sebenarnya aku berdebar kerana hampir 3 minggu tidak berjumpa. Rasa excited pun ada.He..he..Then, he called me. Rupanya dah ada kat belakang kereta aku. Melihatkan sahaja kelibat dia, aku tersenyum puas. Rindu! Yup, memang rindu dah lama tak jumpa. Rambutnya semakin panjang persis pelakon jepun masa kini. Sememangnya, dia sangat sempurna berwajah cerah dan bersih, good looking, dan bersikap keanak-anakan. And very helpful too.
Aku perhatikan, dia merupakan orang kuat majlis hari ini.Seolah runner untuk semua perkara. Aku menolong menyenduk nasi kepada para tetamu. Kadang-kadang, dia mengambil tempat sebagai penyanyi undangan untuk menghiburkan tetamu. Seriously, he had a very nice tone and voice. Kalo jadi penyanyi sure popular with his talent and looks! Di kesempatan ini juga, aku serba sedikit mengetahui salasilah keluarganya. Complicated...
Selesai tetamu pulang, aku mengambil tender basuh pinggan. Ini janji aku padanya minggu lepas. Part yang paling aku terharu masa aku sibuk membasuh dia datang. "U, kenapa tak duduk kerusi? Cangkung kan penat?" Aku balas,"kerusi tu basahlah, i tak nak basahkan seluar i." Then dia hilang sekejap dan datang balik dengan sebemban tisu. Yes, for me, this show how care he is.
Masa membasuh, dia ada datang minta aku berhenti membasuh tapi aku tak sampai hati nak biarkan pinggan yang berlambak. Aku teruskan juga. Dia cakap dia baru nak makan. Oh, seharian dia bekerja, langsung tak menjamah lagi. Aku paham, bila dia commited dengan kerja, makan pun dia lupa. Itulah A.S. Bila semua kerja dah siap, aku join cousin dia yang sedang berborak selepas makan. Kaki aku menggeletar kerana lama membasuh. Sakit sangat tapi aku diamkan. Tahun lepas, aku ada radang tulang di bahagian kaki kiri tapi doktor kata dah tak merebak. Aku khuatir jika radang itu menyerang kembali.
Pabila rasa dah tak tahan, aku nak minta diri. Semasa memandu, kaki aku sakit sangat. Mujur kereta auto. Menggeletar, pedih. Aku menitis air mata tapi aku kena kuat. Aku banyakkan baca Al Fatihah sepanjang memandu supaya aku tidak kemalangan..Walaupun sakit, aku puas dapat berbakti untuk sahabat yang aku kasihi......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment