Friday, August 5, 2011

Jerry Yan yang hampir dilupakan..

Bila aku belek-belek older post, aku terbaca pasal my lovely fren looks like Jerry Yan. Ya, satu nama yang hampir aku lupakan tetapi menerjah kembali. Baru-baru ni dia ada call. Sudah agak lama sebenarnya antara aku dan dia menyepi. Hampir tutup buku dan biarlah kisah kami hanya diperapkan sahaja..tetapi jika ini takdirnya, tak salahkan buka buku dan chapter baru yang boleh disambung semula???Ha..ha..Takut ada hati yang sakit pulak nanti. Dan pastinya hukum dunia, aku akan disakiti akibat balasan menyakitkan hati orang lain.

Dia kini sudah bertukar kerja di KL. Masih seorang car salesperson tapi kini dia bertukar angin ke syarikat kenderaan mewah pula. Pastinya lebih mencabar dan lebih berbaloi. Kami masih mesra walaupun tak bertemu dan berhubung hampir setahun lebih selepas dia mendirikan rumah tangga. Secara jujur, aku tak pernah mengenali orang rumahnya. Hanya tiba-tiba sahaja dia mahu berkahwin walaupun kami selalu berdating..Ha..ha..Dan aku merajuk sebenarnya..

Back to his called, dia dah lama nak jumpa aku. Cuma masa masih belum mengizinkan. Dia masih seperti yang dulu. Yang prihatin, yang ambil berat dan seorang rakan yang memahami diri aku. Mungkin aku akan pertimbangkan untuk bertemu semula dan perhaps kami boleh rapat seperti dulu...Banyak kenangan indah antara aku dan dia.

Aku pernah beritahu kan untuk menceritakan pertemuan kami??? Segalanya bermula tahun 2003 semasa aku mula-mula menjejakkan kaki ke universiti. Namun masa itu, hanya mampu memandang dari jauh disebabkan aku ingat dia adalah seorang senior...Ha..ha..Semuanya bermula apabila aku bertukar kolej dan kebetulan blok kami berhadapan. Dan ada seorang pelajar tua yang mula-mula mengenalkan kami berdua. Itulah detik pertama kami berkenalan secara rapat dan terus rapat hingga 2009.

Terus terang, muka dia memang iras Jerry Yan...Tinggi, putih, chinese look and good looking. Kira heartthroblah...He..he...Aku memang sejak zaman boarding school lagi hanya bergaul rapat dengan good looking peoples sahaja...Ha..ha..Then, sejak tu kami selalu melepak bersama walaupun kami berbeza fakulti...Satu yang buat aku respek dia adalah, dia menerima diri aku seadanya..Paling penting, kami saling support each other.

Waktu aku dah graduates, hubungan kami tetap akrab. Masa waktu aku tiada kenderaan sendiri lagi, dia sering menjemput aku dan kami akan habiskan masa berjam-jam lamanya tanpa ada rasa jemu. Kenangan itulah yang membuatkan aku rasa ralit sewaktu kali terakhir kami berjumpa apabila dia menyatakan untuk berkahwin..Terkejut dan sedikit terpana namun akur. Sejak itu, kami tak pernah berjumpa lagi sehinggalah dia menghubungi aku semula..

Aku tanya adakah our friendship will last even he married and his answer definitely yes...And now i already know the answer....YEESSS!!!!!!!!! Dan aku tak sabar untuk bertemu kembali...

No comments:

Post a Comment