Aku rindu...Rindu masa-masa lalu. Hampir 3 bulan aku bertungkus lumus untuk projek besar akan datang. Dan akhirnya, aku berjaya juga mendapat kontrak ini. Usaha selama 3 bulan bukan kepalang pengorbanan dan keringat yang mengalir. Semuanya demi syarikat. Selama inilah aku dan dia tak bersua. Hanya panggilan telefon dan sms sekali sekala. Mujur dia masih dia yang dulu. Pernah satu malam, dia menelefon aku dan kami meluangkan masa sejam lebih. Momen yang indah kerana inilah sahaja waktu yang ada buat kami. Masing-masing sibuk dengan syarikat masing-masing. Semoga, projek ini akan mengeratkan lagi hubungan kami. Aku hadiahkan projek besar ini untuk kami..
Selamat menempuh peperiksaan buat dia..Aku akan sentiasa doakan dia berjaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment