14 Ogos 2010
Hari yang cukup membahagiakan....aku rasa sangat gembira dan bahagia..sebab hari ini merupakan detik pertemuan aku dan dia. kami bercadang berbuka bersama..jam 5,45 petang, dia dah ada di rumah aku...mukanya masih pucat kerana dia demam semalam..aku risau...aku tau dia paksakan diri walau tengah sakit...oh Tuhan, sembuhkanlah dia...
kami sampai di restaurant jam 6 petang. setelah order makanan, kami berjalan-jalan seketika..dia mahu mencari ubat...waktu inilah aku dapat rasakan bahawa aku mendapat kepercayaan daripada dia...aku pilihkan ubat tapi dia nak cari yang lain...aku tak memaksa kerana dari dulu aku banyak bertolak ansur dengan dia...
aku nak dia sambung belajar...dia setuju..aku akan sentiasa menyokong dan berada di sisi dia walau apa yang berlaku..because dia sebahagian daripada aku...aku sayangkan dia macam aku sayangkan nyawa aku sendiri..banyak perkara yang dibincangkan..
selepas berbuka, aku ikut dia pulang ke opis...itu lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke opis dia sebab selama ini dia tak mahu aku datang...then we perform terawih together...lepas tu, dia nak hantar aku pulang, tapi aku tak nak..kalo boleh, aku tak nak balik...rasa berat nak lepaskan masa berlalu begitu sahaja...
to be continue...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment